Oleh : albanjariHari ini cuti sekolah telahpun bermula. Cuti sekolah yang paling panjang. Seronoknya bebudak sekolah, tapi budak sekolah zaman dulu-dululah. Bukan budak sekolah zaman sekarang. Jika dulu..cuti sekolah yang panjang dihujung tahun, cukup nikmat dinikmati. Sekarang ? Kesian bebudak sekolah. Mak bapak dah sibuk hantar anak2 ke pusat tuisyen seawal hari ini. Kelas pula dari jam 1 pm, habis jam 6 petang. Cikgu pusat tuisyen sengih sampai ke dagu. Bebudak pula, datang dengan muka kelat tak cukup garam. Huh ! Sure, berasap kepala bebudak nak hadam semua subjek kat situ. 5 jam disumbat dgn ilmu. Padu dan jitu. Demi kelangsungan survival ilmu, trend anak tuisyen tu dah jadi budaya@ culture.
Bedahnyer..! nak kemana pepagi ni..awal beno keluar rumah ? Si Tijah dagu pendek cuba mengusar jiran sebelah, yang siap bersolek hidupkan enjin kereta.
Nak hantar anak gi tuisyen la kak Tijah oi ! Entahlah..sejak ditegur oleh Kiyai sapa nama ? Aduka..? itu yang teman kena hantar si albanjari ni ke kelas tuisyen. Pagi petang, siang malam..harap-harap UPSR dia dapat la score 5A ker 7A. Tu pun hantar ke Pusat Tuisyen si Atong kat hujung taman itu ajer..nak sekolahkan dia di pasantren si Kiyai Aduka tu..entah apa bahasa baru pulak yang dia bawak balik nanti. Risau teman !
Kita tinggal bab tuisyen tu kejap. Dah melalut tu, lari tajuk pulak. Sambung cerita cuti sekolah tadi. Cuti sekolah yang panjang. Haa..ini bermakna, musim orang kahwin dah tiba. Yeehaa ! Wak dah dapat rasa Ustaz MRK dah tak menang tangan sekarang, sibuk menikahkan orang, pagi dan petang. Nak tanya MRK, kalau ada orang nak menikah malam, hang jalan jugak ka ?
Sebut cuti panjang, sinonim dengan kenduri kahwin. Bersampul-sampul kad jemputan, dari yang wangi sekeping hinggalah yang lip lap lip lap floresen. Kencang gila kedai 'printing'. Untung berganda-ganda hanya dengan menjual kad yang temanya hanya bertulis 'Walimatul Urus'. Yang kurus pengantin mungkin. Apa nak buat, "demi cintaku pada mu.."
Dan hari ini, undangan itu perlu dipenuhi, undangan sulung pembuka tirai. Yang kahwin pulak, ex-pekerja wak yang pernah bekerja dengan wak lewat 4 tahun lalu. Dari dulu dah cantik, sekarang jangan tanyalah, takat stendet Nora Danish si aduka tu, lawa lagi si 'Azreen' ni, yelah..sejak keluar dari U itu hari, wak lihat makin bergaya dia. Nanti wak muatkan gambar sanding dia untuk tatapan kita semua. InsyaAllah !
Bila cerita bab orang kahwin, ada kenduri yang kecil, ada yang besar, yang glamor dan yang sunyi sepi pun ada. Yang untung si pengantin. Bila buat majlis kahwin hujung tahun macam ini, hujan pulak turun tak berhenti-henti. Tak cukup dengan hujan, siap banjir berhari-hari. Musim Tengkujuh katakan. Basah sesajaa..!!
Oh ya..nak cerita juga. Trend kahwin gen berdarah melayu ni lain sikit. Banyak beza. Dan tentulah perbezaan itu dilihat dari persepsi bezanya kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya. Jom kita layan.
______*
Miskin yang dimaksudkan adalah orang yang kurang berada, yang hanya membuat kenduri kahwin di rumah, tidak di dewan atau di dewan hotel lima bintang. Itulah mukadimah ayat dari email yang wak terima. Kisahnya dari 19 majlis perkahwinan di musim cuti sekolah tahun lepas. Banyak tu. Dan banyak pula bezanya. Bagi memudahkan pemahaman bacaan, dia ringkas dan mudahkan dengan namakan majlis kenduri itu dengan majlis kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya. Boleh faham kan. Kalau tak, naiya nanti Aduka sekolahkan korang balik.
Kata pengirim email itu, dari pengalamannya ;
Bebelnya dalam email itu juga, sudahlah terpaksa datang awal untuk mencari parkir dan berbaris masuk untuk ke dewan. Kemudian macam orang bodoh, melilau mencari kerusi yang entah di mana letaknya. Kalau tempat duduk bebas kan ker lebih mudah, tapi yang ada nombor parahlah. Dan itulah yang terjadi. Terpaksa pula berlegar-legar mencari tempat duduk. Kalau nasib baik ada penyambut tetamu cekap, lekaslah dapat duduk. Jika tidak macam langau busuk terhegeh-hegeh mencari kerusi.
Selalunya majlis kahwin yang mewah itu ada penyambut tetamu. Memang disediakan dalam pakej. Tapi kalau sudah letak yang comel lote tapi tak tahu buat kerja susah juga. Pakai cantik - cantik, berbaris tepi pintu dan asyik tersenyum kepada tetamu. Bukan hendak tolong tunjuk tempat, tapi sibuk bergambar dan bersalam sambil berbalas-balas gesel pipi tanpa mengira lelaki perempuan. Memang betul, wak juga pernah melihat senario ini dengan mata sendiri.
Perihal bukan muhrim tidak kira kaum dan agama berbalas ciuman di pipi pada majlis orang kahwin sudah menjadi trend masyarakat kelas ‘melayu kaya’ sejak akhir - akhir ini. Tidak berhenti di situ sahaja, pengirim email juga turut menegur sikap segelintir tetamu yang ada pangkat dan kuasa tetapi tidak tahu menghormati tetamu lain.
Saya malu dan kecewa dengan sikap orang-orang ini. Ada jawatan tinggi, ada pangkat dan pakai lawa tapi otak tidak boleh berfikir, pentingkan diri sahaja, bayangkan kita sudah berbaris panjang, tiba-tiba di depan ada satu hamba Allah berpangkat jumpa kawan dia, sepasang suami isteri, bersalam kemudian disuruh masuk barisan di hadapannya. “Kemudian datang seorang lagi, juga disuruh masuk, sehingga genap lima pasangan kawan mereka potong Q. Sakitnya hati kita! Sekurang-kurangnya hormatlah tetamu lain. Ini tidak, mentang-mentang mereka ada nama, orang kenal, boleh buat suka hati. Siap boleh gelak-gelak lagi dengan muka tebal tanpa ada rasa sikitpun malu.
Di dalam dewan pula, suasananya memang cantik. Pokok bunga di sana sini, layar pun ada untuk tetamu yang duduk jauh dari pelamin. Tapi sayangnya dek kerana pokok-pokok bunga yang tinggi menjulang macam dalam hutan, pandangan sebahagian tetamu terlindung. Yang kelihatan hanya hujung kepala pengantin, tiang pelamin dan kepala tetamu lain. Majlis macam tu memang nampak kelas, tapi tak mesra tetamu.
berbeza dengan kenduri orang miskin. Banyak bezanya, macam langit dengan bumi. Saya pergi empat belas buah rumah teman sekerja saya yang menerima menantu. Makanan dihidang, ada yang secara buffet, ada yang guna katering, ada yang masih gotong royong memasak dan ada yang masih hidang guna 'talam'. Paling kurang pun, mestiada lima enam jenis lauk dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Lapan daripada rumah itu siap disediakan teh tarik, kopi O dan bubur kacang.
Tetamu boleh enjoy makan sambil sembang-sembang tengok pengantin bersanding. Selepas bersanding, pengantin dan ibu bapa datang bawah khemah menyapa tetamu sambil mengucapkan terima kasih dan bersalaman. Tidak payah berbaris, tunggu dua jam baru hendak makan. Boleh ambil sendiri dan makan sepuas hati, tiada siapa melarang.
Berbeza dengan majlis orang kaya, pengantin dan tuan rumah tunggu depan pintu, habis tetamu kenamaan beredar, mereka pun lesap. Tinggal tetamu terkapai-kapai mencari jalan pulang. Lebih selesa menghadiri majlis kahwin orang miskin daripada ke majlis orang kaya. Kalau ke rumah orang biasa, letak sahaja kereta di mana, tepi jalan, padang atau kawasan lapang, asal jangan halang laluan orang. Tapi kalau di tempat lima bintang, berpusing lima enam kali belum tentu nampak parkir kosong, kira pi kira mai, bayarannya sama banyak dengan makan nasi kandar di restoran mamak.
Juga nak bagitau, bukan setakat itu sahaja, tetamu yang datang juga alahai memang berfesyen habis, kebanyakannya berfesyen macam hendak ke festival filem. Seksi dan menjolok mata pun ada, nak glamor punya pasal, tidak tahu beza majlis, yang seronok suami kita, terjojol-jojol mata curi-curi pandang. Mentang-mentang body bini dia macam tong diesel. Geram tau tak !!
Akhir kalam, pesanan saya, jangan rasa rendah diri jika tidak dijemput ke majlis kahwin orang kaya, juga jangan rasa terhina bila asyik ke majlis kahwin orang miskin. Kaya atau miskin bukan ukurannya. Yang penting jemputan tuan rumah itu dipenuhi. Kita semua sama di sisi Tuhan. Yang berbeza mungkin cuma pangkat, darjat dan kemewahan, itu ajer..tapi jangan lupa semua itu yang dianugerhakan datangnya dari Tuhan. Jangan sesekali lupa.
Catatan santai, diawal entri musim sekolah yang panjang. Pada masa yang sama seronok melihat lakonan manusia di pentas dunia, jom lah ke majlis kahwin. Di sana, ada segalanya.
Bedahnyer..! nak kemana pepagi ni..awal beno keluar rumah ? Si Tijah dagu pendek cuba mengusar jiran sebelah, yang siap bersolek hidupkan enjin kereta.
Nak hantar anak gi tuisyen la kak Tijah oi ! Entahlah..sejak ditegur oleh Kiyai sapa nama ? Aduka..? itu yang teman kena hantar si albanjari ni ke kelas tuisyen. Pagi petang, siang malam..harap-harap UPSR dia dapat la score 5A ker 7A. Tu pun hantar ke Pusat Tuisyen si Atong kat hujung taman itu ajer..nak sekolahkan dia di pasantren si Kiyai Aduka tu..entah apa bahasa baru pulak yang dia bawak balik nanti. Risau teman !
Kita tinggal bab tuisyen tu kejap. Dah melalut tu, lari tajuk pulak. Sambung cerita cuti sekolah tadi. Cuti sekolah yang panjang. Haa..ini bermakna, musim orang kahwin dah tiba. Yeehaa ! Wak dah dapat rasa Ustaz MRK dah tak menang tangan sekarang, sibuk menikahkan orang, pagi dan petang. Nak tanya MRK, kalau ada orang nak menikah malam, hang jalan jugak ka ?
Sebut cuti panjang, sinonim dengan kenduri kahwin. Bersampul-sampul kad jemputan, dari yang wangi sekeping hinggalah yang lip lap lip lap floresen. Kencang gila kedai 'printing'. Untung berganda-ganda hanya dengan menjual kad yang temanya hanya bertulis 'Walimatul Urus'. Yang kurus pengantin mungkin. Apa nak buat, "demi cintaku pada mu.."
Dan hari ini, undangan itu perlu dipenuhi, undangan sulung pembuka tirai. Yang kahwin pulak, ex-pekerja wak yang pernah bekerja dengan wak lewat 4 tahun lalu. Dari dulu dah cantik, sekarang jangan tanyalah, takat stendet Nora Danish si aduka tu, lawa lagi si 'Azreen' ni, yelah..sejak keluar dari U itu hari, wak lihat makin bergaya dia. Nanti wak muatkan gambar sanding dia untuk tatapan kita semua. InsyaAllah !
Bila cerita bab orang kahwin, ada kenduri yang kecil, ada yang besar, yang glamor dan yang sunyi sepi pun ada. Yang untung si pengantin. Bila buat majlis kahwin hujung tahun macam ini, hujan pulak turun tak berhenti-henti. Tak cukup dengan hujan, siap banjir berhari-hari. Musim Tengkujuh katakan. Basah sesajaa..!!
Oh ya..nak cerita juga. Trend kahwin gen berdarah melayu ni lain sikit. Banyak beza. Dan tentulah perbezaan itu dilihat dari persepsi bezanya kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya. Jom kita layan.
______*
Miskin yang dimaksudkan adalah orang yang kurang berada, yang hanya membuat kenduri kahwin di rumah, tidak di dewan atau di dewan hotel lima bintang. Itulah mukadimah ayat dari email yang wak terima. Kisahnya dari 19 majlis perkahwinan di musim cuti sekolah tahun lepas. Banyak tu. Dan banyak pula bezanya. Bagi memudahkan pemahaman bacaan, dia ringkas dan mudahkan dengan namakan majlis kenduri itu dengan majlis kahwin orang miskin dan kahwin orang kaya. Boleh faham kan. Kalau tak, naiya nanti Aduka sekolahkan korang balik.
Kata pengirim email itu, dari pengalamannya ;
“Lima daripada majlis tersebut diadakan di hotel dan dewan yang bertaraf lima bintang sementara empat belas lagi di rumah. Dia pergi ke semua majlis itu bagi memenuhi undangan kawan-kawan lama dan rakan sahabat. Di tempat bertaraf lima bintang memang menarik dan serba serbi canggih. Makanan terhidang depan mata, siap ada napkin, bunga terletak indah di tengah meja, makanan diletakkan dalam bekas cantik. Siap ada kopi, teh dan pemanis mulut. Kerusi juga beriben dan beralas indah. Sayangnya, letih menunggu sampai berjam-jam lamanya, perut tunggu nak barai ajer, berkeroncong lapar.
Selalunya majlis kahwin yang mewah itu ada penyambut tetamu. Memang disediakan dalam pakej. Tapi kalau sudah letak yang comel lote tapi tak tahu buat kerja susah juga. Pakai cantik - cantik, berbaris tepi pintu dan asyik tersenyum kepada tetamu. Bukan hendak tolong tunjuk tempat, tapi sibuk bergambar dan bersalam sambil berbalas-balas gesel pipi tanpa mengira lelaki perempuan. Memang betul, wak juga pernah melihat senario ini dengan mata sendiri.
Perihal bukan muhrim tidak kira kaum dan agama berbalas ciuman di pipi pada majlis orang kahwin sudah menjadi trend masyarakat kelas ‘melayu kaya’ sejak akhir - akhir ini. Tidak berhenti di situ sahaja, pengirim email juga turut menegur sikap segelintir tetamu yang ada pangkat dan kuasa tetapi tidak tahu menghormati tetamu lain.
Saya malu dan kecewa dengan sikap orang-orang ini. Ada jawatan tinggi, ada pangkat dan pakai lawa tapi otak tidak boleh berfikir, pentingkan diri sahaja, bayangkan kita sudah berbaris panjang, tiba-tiba di depan ada satu hamba Allah berpangkat jumpa kawan dia, sepasang suami isteri, bersalam kemudian disuruh masuk barisan di hadapannya. “Kemudian datang seorang lagi, juga disuruh masuk, sehingga genap lima pasangan kawan mereka potong Q. Sakitnya hati kita! Sekurang-kurangnya hormatlah tetamu lain. Ini tidak, mentang-mentang mereka ada nama, orang kenal, boleh buat suka hati. Siap boleh gelak-gelak lagi dengan muka tebal tanpa ada rasa sikitpun malu.
Di dalam dewan pula, suasananya memang cantik. Pokok bunga di sana sini, layar pun ada untuk tetamu yang duduk jauh dari pelamin. Tapi sayangnya dek kerana pokok-pokok bunga yang tinggi menjulang macam dalam hutan, pandangan sebahagian tetamu terlindung. Yang kelihatan hanya hujung kepala pengantin, tiang pelamin dan kepala tetamu lain. Majlis macam tu memang nampak kelas, tapi tak mesra tetamu.
berbeza dengan kenduri orang miskin. Banyak bezanya, macam langit dengan bumi. Saya pergi empat belas buah rumah teman sekerja saya yang menerima menantu. Makanan dihidang, ada yang secara buffet, ada yang guna katering, ada yang masih gotong royong memasak dan ada yang masih hidang guna 'talam'. Paling kurang pun, mestiada lima enam jenis lauk dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Lapan daripada rumah itu siap disediakan teh tarik, kopi O dan bubur kacang.
Tetamu boleh enjoy makan sambil sembang-sembang tengok pengantin bersanding. Selepas bersanding, pengantin dan ibu bapa datang bawah khemah menyapa tetamu sambil mengucapkan terima kasih dan bersalaman. Tidak payah berbaris, tunggu dua jam baru hendak makan. Boleh ambil sendiri dan makan sepuas hati, tiada siapa melarang.
Berbeza dengan majlis orang kaya, pengantin dan tuan rumah tunggu depan pintu, habis tetamu kenamaan beredar, mereka pun lesap. Tinggal tetamu terkapai-kapai mencari jalan pulang. Lebih selesa menghadiri majlis kahwin orang miskin daripada ke majlis orang kaya. Kalau ke rumah orang biasa, letak sahaja kereta di mana, tepi jalan, padang atau kawasan lapang, asal jangan halang laluan orang. Tapi kalau di tempat lima bintang, berpusing lima enam kali belum tentu nampak parkir kosong, kira pi kira mai, bayarannya sama banyak dengan makan nasi kandar di restoran mamak.
Juga nak bagitau, bukan setakat itu sahaja, tetamu yang datang juga alahai memang berfesyen habis, kebanyakannya berfesyen macam hendak ke festival filem. Seksi dan menjolok mata pun ada, nak glamor punya pasal, tidak tahu beza majlis, yang seronok suami kita, terjojol-jojol mata curi-curi pandang. Mentang-mentang body bini dia macam tong diesel. Geram tau tak !!
Akhir kalam, pesanan saya, jangan rasa rendah diri jika tidak dijemput ke majlis kahwin orang kaya, juga jangan rasa terhina bila asyik ke majlis kahwin orang miskin. Kaya atau miskin bukan ukurannya. Yang penting jemputan tuan rumah itu dipenuhi. Kita semua sama di sisi Tuhan. Yang berbeza mungkin cuma pangkat, darjat dan kemewahan, itu ajer..tapi jangan lupa semua itu yang dianugerhakan datangnya dari Tuhan. Jangan sesekali lupa.
Catatan santai, diawal entri musim sekolah yang panjang. Pada masa yang sama seronok melihat lakonan manusia di pentas dunia, jom lah ke majlis kahwin. Di sana, ada segalanya.








































































Blogger Muraisenja bagi anugerah kat wak..TQ
